Sunday, July 27, 2008
Kesimpulan
Demikianlah ulasan mengenai Keris Mas dan karyanya Mereka Tidak Mengerti. Keris Mas telah berjaya mencipta satu tahap persejarahan penulisan cerpen tanah air. Beliau menjana modenisme yang lebih dinamik dan progresif. Beliau adalah pemangkin kesusasteraan Melayu moden. Keris Mas seorang penulis yang cukup sedar segala tanggungjawab di zamannya, dan segala-galanya telah dibayar dengan tinta masanya. Telah dibuktikan bahawa wujudnya kaitan antara latar belakang si pujangga dengan hasil karya cerpennya Mereka Tidak Mengerti. Meskipun nama-nama baru muncul, dengan gaya masing-masing seperti Shahnon Ahmad, tetapi Keris Mas tetap sudah memiliki sebuah singgahsana di sebuah istana indah dalam benua kesusasteraan Melayu moden dan pascamoden. Sekian.
Kata-kata Keris Mas
"Cinta memang enak. Paling enak. Dan cinta adalah sesuatu yang amat besar. Amat besar. Kalau seseorang itu, tidak tersinggung perasaanya oleh cinta, ada sesuatu yang tidak kena pada orang itu. Setiap orang itu punya rahsia cintanya sendiri. Cinta adalah menjadi soal pokok dalam hidup. Cinta adalah paling indah dan suci. Ada orang yang sanggup mengetepikan apa saja, semata-mata kerana cinta. Tetapi conta mulia ialah untuk negara."
"Kita telah mencapai kematangan dalam penulisan cerpen di Malaysia. Tetapi kematangan ini, adalah dalam konteks sastera Malaysia dilihat dari sudut kita sendiri. Dalam soal melihat kematangan ini, janganlah hendak kita membandingkan dengan sastera dunia yang lain. Oh, kalau begitu, tentulah sahaja kita ketinggalan."

Kaitan & Keistimewaan
- Keris Mas sebenarnya hidup dalam zaman kolonialisme, yang segala caryanya berunsurkan pascakolonialisme, termasuklah cerpen Mereka Tidak Mengerti ini. Karyanya menentang segala ketidakadilan sosial dan kelemahan masyarakat Melayu dalam penjejahan. Ia mahu masyarakat sedar tentang kekejaman penjajahan itu dan bangun menentangnya. Seluruh karyanya adalah bertujuan untuk pembangunan masyarakat. Justeru itu sesuai dengan zamannya perjuangan Asas 50 menganut fahaman "sastera untuk masyarakat".
- Keris Mas memang orang kuat Asas 50. Dia merupakan seorang penaja, pemimpin, penggerak dan orang yang terpenting ke arah cita-cita penghidupan Asas 50. Selama tiga tahun menjadi ketuanya, semboyan "seni untuk masyarakat"menjadi pegangan titik perjuangan gagasan tersebut. Apakah itu "seni untuk masyarakat"? Kata beliau, ia menggambarkan dan membanteras masyarakat yang korup, kepura-puraan, banyak pembohong dan tindas-menindas : semuanya itu adalah fahaman seni untuk masyarakat.
- Salah satu kekuatan cerpen Keris Mas ialah terletak pada pemilihan tema dan pengungkapan persoalan yang dibawa melalui watak-watak yang gigih dan kuat dalam menyuarakan perubahan sosio-eko-buda-politik.
- Seperti dalam cerpen ini, ia memasukkan para pembaca ke dalam suatu pengalaman, emosi, intektual dan falsafah orang-orang Melayu.
- Kassim Ahmad, seorang pengkkritik yaangmenganu realisme sosialis pernah mengkritik cerpen Mereka tidak Mengerti. Kassim Ahmad memuji cara pengolahannya, " cerita ini sudah mencapai tingkat kesempunaan yang paling tinggi, sebab penulinya telah menguasai bentuk", tetapi tidak pus hati cara konflik imperialis-nasionalis dikemukakan, kerana ia tidak diadun secara lebih tegas, jelas dan memperihatkan pertentangan antara keduanya. ada gambaran yang tidak realistis. Betapa pun sang pengkritik berpuas hati penulisnya membincangkan realiti dari segi wujudnya pertentangan klas dan juga pertentangan kaum.
Watak dan Perwatakan
Dua watak yang benar-benarr meggerakkan plot cerpen ini ialah Bill dan menteri.
Bill
Bill
- merupakan seorang pegawai expatriate Inggeris yang bertugas sebagai setiausaha tetap kepada seorang menteri sewaktu negara mula-mula mencapai kemerdekaan.
- beraut muka tirus, berdagu panjang, bermulut kecil, hujung bibir yang melengkung dan berbadan kurus. (hal. 28)
- mempunyai sifat ego berdasarkan statusnya sebagai seorang pegawai tinggi Inggeris.
- baik hati
- sikap tidak terburu-buru dalam bertindak dan melakukan sesuatu yang ada hubungan dengan kepentingan peribadinya.
- terlalu yakin pada diri sendiri dan cuba merendahkan kemampuan orang lain
Menteri
- mempunyai sifat mesra an mudah melemparkan senyuman
- berfikiran bijak dalam menangani dan mengambil sesuatu keputusan.
- bersikap yakin kepada kebolehan anak bangsanya sendiri dalam mengendalikan projek-projek besar.
- tajam firasatnya
- seseorang yang tidak mahu membesarkan diri.
Perbincangan Plot
Sifat plot
- kronologi
- satu binaan plot yang mudah
- Keris Mas memulakan cerita dengan memperkenalkan watak Bill, iaitu pegawai muda berbangsa Inggeris setelah mencapai kemerdekaannya. Bill sebenarnya masih "hanyut" dengan mimpi-mimpi indah pada masa lampau dengan melihat bangsanya selalu superior. Kisah dan permasalahan yang berhubung dengan Bill bermula pada suatu pagi Isnin dan berakhir pada keesokannya, iaitu, Bill menemui Amat yang sedang menjaga kereta menteri.
- Di sepanjang perkembangan plotnya, Keris Mas telah memuncul dan menyisipkan berbagai kisah, peristiwa dan kejadian sama ada yang berkaitan dengan watak Bill, menteri, Amat atau lain-lain. contohnya, semasa Bill berada di lapangan terbang menunggu ketibaan menteri, dan kisah Bill dengan Bob. Kemunculan kisah-kisah atau kejadian-kejadian itu bertujuan untuk menimbulkan unsur-unsur dan teknik-teknik penceritaan seperti imbas kembali, klimaks dan lain-lain.
IMBAS KEMBALI
- Kenangan Bill tatkala dia mempunyai kereta besar yang dipandu oleh pemandu sementara dia duduk bersandar di belakang. (halaman 26) Demikian juga ingatannya tatkala menteri dengan sukarela menerima Amat, iaitu bekas drebarnya sebagai drebar menteri.
IMBAS MUKA
- Dalam andaian Bill yang akan mengemukakan rancangan yang sudah diaturnya dengan Bob kepada menteri. Namun, akhirnya rancangannya itu tidak menjadi kenyataan.
SASPENS
- Pembaca tertanya-tanya apakah rancangan Bill dan adakah dia berjaya menyampaikannya kepada menteri? Pada akhir plot, pembaca ditinggalkan dengan kejutan bahawa rancangan itu berupa projek kerajaan dan projek itu telah diserahkan kepada Kasim.
Analisis Cerpen: Mereka Tidak Mengerti
Latar
Latar Tempat
· Ibu negara, yakni Kuala Lumpur
· Lapangan terbang
· Di pejabat menteri
· Di rumah
· Di kelab
Latar Masa
· Setelah negara mencapai kemerdekaannya- zaman peralihan
Latar Masyarakat
· Anak-anak negeri dari seganap lapisan
· Orang-orang Melayu, kaum Cina, bangsa Inggeris dan lain-lain
Nilai dan Pengajaran

Nilai
- Bertanggungjawab
- Kesetiaan dan hormat-menghormati
- Yakin diri
Pengajaran
- Kita hendaklah mengamalkan sikap kesederhanaan.
- Kita janganlah mmandang rendah terhadap orang lain.
- Kita perlu menghormati orang lain kerana mereka juga mempunyai maruah diri.
Konflik atau Pertentangan
- Konflik pemikiran
Dapat dilihat sewaktu Bill berdialog dengan Bob berhubung kemampuan anak tempatan dalam mengendalikan projek-projek besar.
- Konflik Jiwa/perasaan
Pada watak Bill, konflik ini muncul dalam dirinya kerana menteri tidak memanggilnya sebelum meeting diadakan
Pada watak Amat pula berpunca daripada cara hendak memanggil menteri atau pegawai tinggi kerajaan.
Analisis Cerpen: Mereka Tidak Mengerti
Tema:
Sikap bekas penjajah terhadap anak negeri setelah mencapai kemerdekaanIa turut merangkumi konflik yang terkemuka di dalam masyarakat Melaya sesudah Merdeka, iaitu konflik di antara saki-baki penjajahan Inggeris dengan cita-cita nasional rakyat Malaya.Lebih khusus lagi, ia mencungkil mengenai keegoan seorang pegawai Inggeris bernama Bill yang berkhidmat di salah sebuah kementerian, sewaktu Tanah Melayu mula mencapai kemerdekaan,Bill, waris kolonialis, masih memandang rendah bangsa Melayu. Dia juga melakukan dengan mengadu domba antara India dan China.
Persoalan/Fenomena yang berkait:

- Persediaan sentimen orang Melayu terhadap pegawai asing, khususnya Bill yang masih berkhidmat di tanah air merdeka pada awal-awal negara mencapai kemerdekaan.
- Persoalan tentang pemonopolian pegawai-pegawai Inggeris yang masih muda dalam sesebuah kelab atau tempat-tempat riadah sewaktu Tanah Melayu mula-mula merdeka.
- Persoalan memandang rendah akan kemampuan anak-anak tempatan mengendalikan sesuatu tugas atau projek yang besar daripada pegawai-pegawai expatriate itu, umpanya Bill.
- Persoalan pegawai-pegawai Inggeris, khususnya Bill yang memandang rendah terhadap anak-anak tempatan dalam mentadbir dan memerintah negara yang baru mencapai kemerdekaan daripada tangan Inggeris.
- Semangat patriotik yang tumbuh dan bercambah dalam masyarakat perlu terus dipupuk dan disuburkan lagi.
- Dalam mengisi kemerdekaan, kegigihan , keikhlasan dan tanggungjwab memainkan peranan yang penting.
Latar Belakang Keris Mas
Kamaludin Muhamad, atau lebih dikenali sebagai Keris Mas ,adalah salah seorang sasterawan negara yang tersohor.Beliau dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922 dan menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong; Tawalih School, Sumatera; Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera; dan Pitman College, Singapura.
Pujangga ini pernah berkhidmat di akhbar Melayu Raya dan Warta Negara sebelum berpindah ke Utusan Melayu. Beliau pernah juga berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka sehinggalah bersara pada tahun 1977.
Keris Mas dalam berkarya telah menghasilkan 60 buah cerpen dengan cerpen sulungnya berjudul Wasiat Orang Bangsawan, tersiar di majalah Suluh Malaya (1946). Semua cerpen-cepennya terkumpul dalam antologi cerpen: Mekar dan Segar (1959), Dua Zaman (1963), Patah Tumbuh (1963) dan Pertentangan (1968).Antara novel penghasilan Keris Mas ialah Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1983) dan Rimba Harapan (1985)
Keris Mas atau Kamaludin Muhamad kembali kepada yang Maha Kuasa pada 9 Mac 1992.
Perjalanan Keris Mas sebagai sasterawan dapat didasarkan pada empat anjakan kepengarangan. Pertama peringkat kehadiran diri, iaitu antara 1946 hingga 1950. Dalam era ini banyak cerita berputar sekitar soal cinta yang menunjukkan tendensi zaman yang romantis. Zaman permulaan ini, adalah dalam proses pencarian subjek dan diri. Seperti juga anak-anak muda yang lainnya, memiliki serangkaian kisah cinta, K eris Mas juga terdorong menghasilkan teks-teks percintaan. Malah tematik dan subjektiviti cerpen Melayu dewasa itu, menjadikan cinta sebagai persoalan perdana. Ini bererti aroma romantisisme kuat menguasai pencerpenan Melayu.
Kedua, peringkat perlanggaran dan pengukuhan antara 1950 hingga 1957, iaitu konteks membina kekhasan diri. Ini memperlihatkan zaman prolifik dalam pembaharuan dan pematangnya. Peringkat ini menyaksikan diri Keris Mas sebagai cerpenis.
Ketiga, zaman pascamerdeka, Keris Mas mula kurang berkarya, tetapi ia sudah mempunyai kepengarangan yang idealistik dan memiliki individualisme. Karya-karya yang dihasilkan mantap dan kuat. Pada waktu ini, ia banyak terlibat dalam pengurusan seperti urusan Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengurus beberapa hadiah sastera tanah air.
Keempat, peringkat selepas persaraan. Keris Mas pernah bertugas sebagai Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mukadimah
Segala puji dan syukur ke padaNya dan salam kepada kekasihnya. Sesungguhnya segala ilmu itu datang daripada Sang Pencipta, Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui.
Alhamdulillah. Akhirnya, siap sudah blog bagi pembelajaran-E ini disiapkan. Projek yang memakan waktu yang agak lama untuk diselidiki ini dirasakan dapat memberi manfaat kepada saya, sebagai penulisnya dan diharapkan dapat menambah khazanah ilmu para pembaca. Sesungguhnya, dunia kesusasteraan Melayu amat sarat dengan rahsia keindahan yang tersurat mahupun yang tersirat. Apabila dikaji, melalui wahana sasteralah, golongan sasterawan mencurahkan isi hati dan harapan mereka kepada bangsa , agama dan negara. Apabila hal ini diperkatakan, pastilah nama Keris Mas disebut-sebut dan sumbangannya diungkit serta dijulang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Kesimpulannya, banyak sungguh yang dapat dipelajari daripada tokoh sasterawan dunia Melayu ini, terutama sekali apabila cerpennya, yang menjadi bahan pengajian bagi Peperiksaan GCE A bagi subjek Bahasa Melayu dan Sastera (MLL) dianalisa.Terima kasih diajukan kepada Prof Mana Sikana, di mana bahan yang digunakan dalam blog ini kebanyakkan hasil penulisannya dan Cikgu Elina, yang mencetuskan idea membuat blog ini. Dengan rahmat dan pedomanNya, diharapkan blog ini boleh mendorong kejayaan kita bersama. Amin.
Abdul Aziz Bin Kamaruddin

Subscribe to:
Posts (Atom)