Sunday, July 27, 2008

Kesimpulan

Demikianlah ulasan mengenai Keris Mas dan karyanya Mereka Tidak Mengerti. Keris Mas telah berjaya mencipta satu tahap persejarahan penulisan cerpen tanah air. Beliau menjana modenisme yang lebih dinamik dan progresif. Beliau adalah pemangkin kesusasteraan Melayu moden. Keris Mas seorang penulis yang cukup sedar segala tanggungjawab di zamannya, dan segala-galanya telah dibayar dengan tinta masanya. Telah dibuktikan bahawa wujudnya kaitan antara latar belakang si pujangga dengan hasil karya cerpennya Mereka Tidak Mengerti. Meskipun nama-nama baru muncul, dengan gaya masing-masing seperti Shahnon Ahmad, tetapi Keris Mas tetap sudah memiliki sebuah singgahsana di sebuah istana indah dalam benua kesusasteraan Melayu moden dan pascamoden. Sekian.

No comments: